KD Tun Razak tiba di Markas Kapal Selam Sepanggar
Di langsir dari blog BETHOROKOLO. Blog ngah-ngoh ini memberikan informasi tentang Kabar Militer Indonesia, Update Info Militer Dunia dan Indonesia, Alutsista Militer, Alutsista Negara Indonesia, Alutsista TNI. Kali ini mengupdate artikel tentang KD Tun Razak tiba di Markas Kapal Selam Sepanggar.
16 Juli 2010
Kapal Selam KD Tun Razak selamat tiba di Markas Angkatan Kapal Selam Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepangar, Kota Kinabalu. (photo : Utusan)
KD Tun Razak tiba di Sepanggar
KOTA KINABALU 15 Julai - Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak hari ini melengkapkan perjalanannya setelah tiba di Markas Angkatan Kapal Selam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar hari ini.
Ketibaan kapal selam jenis Scorpene itu menandakan detik bersejarah markas tersebut yang kini menempatkan dua kapal selam selepas menerima kapal selam pertama, KD Tunku Abdul Rahman pada 17 September tahun lalu.
Ketibaan kapal selam kedua negara itu disambut oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Shah Abdullah dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Hadir sama Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Pertama Datuk Mohammad Rosland Omar; Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Pertama Datuk Anuwi Hassan dan Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Shahbani Ali.
Pangkalan Angkatan Laut Sepanggar (photo : Militaryphotos)
Ahmad Shah turut menaiki kapal berkenaan ditemani Abdul Aziz, Mohammad Rosland, Anuwi dan Shahbani.
KD Tun Razak yang dikendalikan 32 krew telah memulakan pelayaran pulang ke tanah air dari Toulon, Perancis pada 30 April lalu sebelum tiba di Lumut pada 2 Julai lalu.
Selepas mengambil masa 64 hari dengan jarak pelayaran sejauh 13,080.6 kilometer (7,063 batu nautika) untuk sampai di Lumut, KD Tun Razak mengambil masa lapan hari lagi untuk tiba di Pangkalan TLDM Sepanggar.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, kehadiran kedua-dua kapal selam itu telah melengkapkan jentera maritim negara ke arah kelengkapan peperangan tiga dimensi.
"Ketibaan KD Tun Razak ke pangkalan TLDM Kota Kinabalu hari ini telah melakar satu lagi sejarah dalam pemodenan dan pembangunan Tentera Laut Diraja Malaysia.
"Bersama-sama dengan KD Tunku Abdul Rahman, kehadiran KD Tun Razak sesungguhnya telah melengkapkan usaha penubuhan angkatan kapal selam negara yang kita impikan selama ini," ujarnya.
Sementara itu, seorang anak kapal, Luis Gundang, 36, berkata, ketibaan kapal selam itu di Pangkalan TLDM Sepanggar hari ini amat bermakna sekali bagi dirinya.
Katanya, ini kerana buat pertama kali dia dapat melihat anak sulungnya yang kini berusia enam bulan.
"Saya sangat gembira dan terharu sekali hari ini kerana bukan sahaja berjaya melaksanakan misi tetapi buat kali pertama dapat melihat dan mendukung anak sulung saya yang lahir Januari lalu.
"Saya juga amat gembira kerana dapat bertemu dengan isteri, Jenny Liu, 34, serta ibu dan bapa saya setelah hampir lima tahun berada di luar termasuk di Perancis," katanya yang berasal dari Kiulu di sini.
(Utusan)
Sekian blog ngah-ngoh ini memberikan informasi tentang Kabar Militer Indonesia, Update Info Militer Dunia dan Indonesia, Alutsista Militer, Alutsista Negara Indonesia, Alutsista TNI dengan artikel tentang KD Tun Razak tiba di Markas Kapal Selam Sepanggar semoga bermanfaat. Terimakasih telah membaca blog ngah-ngoh.

0 komentar:
Posting Komentar